Utama Drama Korea No 1 Di Keseluruhan Saluran Kabel Bagi Slot Sabtu-Ahad, ‘Mine’ Terus Raih...

No 1 Di Keseluruhan Saluran Kabel Bagi Slot Sabtu-Ahad, ‘Mine’ Terus Raih Rating Tinggi

tvn mine

Drama ‘makjang’ (penuh dengan kejutan tidak dijangkakan) sememangnya antara keunikan bagi sesetengah drama Korea kan?

Tambahan pula apabila penonton disajikan dengan konflik keluarga orang kaya, daripada kecurangan, perebutan harta, rahsia lama, memang tak senang duduk sampai ke habis tayangan!

Sama juga dengan drama “Mine” yang kini sedang ditayangkan di tvN dan Netflix kini. Ianya membawa kisah wanita bercita-bercita tinggi dan kuat yang melawan prejudis masyarakat untuk merebut hak milik mereka.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terbaru ini, Seo Hee-soo (Lee Bo-young) dikejutkan dengan pendedahan bahawa Han Ha-joon sebenarnya ialah anak kandung Kang Ja-kyung (Ok Ja-yeon) malah wanita itu juga sebenarnya dibawa ke dalam rumah itu sebagai tutor adalah hasil bantuan suaminya sendiri.

tvn mine

Bahkan Han Ji-yong (Lee Hyun-wook) juga sepertinya mempunyai konflik tersendiri dengan kakak iparnya, Jung Seo-hyun (Kim Seo-hyung) sekaligus membuatkan penonton terus tertanya-tanya apakah lagi yang dibongkarkan pada episod akan datang.

Oleh kerana pelbagai plot yang mengujakan ini, “Mine” ternyata berjaya mencuri perhatian ramai dan mencatatkan rating yang baik pada saban episod. Malah ia berjaya memecahkan rekod peribadi dengan catatan rating episod terbaru ini iaitu 8.2%. Pada masa yang sama, naskhah ini juga menduduki tempat pertama pada slot tayangan tersebut bagi keseluruhan saluran kabel.

Korang yang layan mesti geram tengok si suami dengan tutor itu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...