Ikuti Kami:

No 1 Di 7 Negara, Hanya ‘Vincenzo’ K-Drama Dalam Ranking 10 Program TV Teratas Netflix Global Kini

No 1 Di 7 Negara, Hanya ‘Vincenzo’ K-Drama Dalam Ranking 10 Program TV Teratas Netflix Global Kini

Disebabkan ramai yang tunggu kembali kepulangan Song Joong-ki dalam dunia K-Drama, nampaknya “Vincenzo” berjaya mendapat perhatian ramai meskipun baru sahaja ditayangkan.

Membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat. Drama ini diyakini akan membuat penonton merasai kepuasan apabila melihat hero gelap yang berlawan dengan penjahat sebenar menggunakan ketegasan undang-undang.

netflix vincenzo

Menurut ranking Netflix Global, “Vincenzo” merupakan satu-satunya k-drama yang tersenarai dalam ranking 10 program popular kini dengan kedudukan di tangga ke-9.

Bahkan ia turut menduduki tempat No 1 di beberapa negara seperti Korea Selatan, Hong Kong, Malaysia, Vietnam, Filipina, Singapura dan Taiwan.

netflix vincenzo

Nampak hebat betul penangan drama mafia ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...