Ikuti Kami:

“Ni Karpet Beli Kat Nilai 3 Lah” – Peminat Malaysia Bidas Individu Kecam NCT Guna ‘Sejadah’ Dalam MV

“Ni Karpet Beli Kat Nilai 3 Lah” – Peminat Malaysia Bidas Individu Kecam NCT Guna ‘Sejadah’ Dalam MV

Disebabkan K-Pop kini bukan sahaja popular secara domestik malah terkenal di peringkat global, semakin banyak isu sensitif mengenai budaya yang dipersoalkan apabila sesetengah kumpulan idola mengetengahkan sesuatu konsep dalam album mahupun video muzik mereka.

Terbaru, kumpulan NCT yang baru sahaja melancarkan album penuh “NCT Resonance Pt. 1” telah menjadi bualan hangat di Twitter. Ini kerana unit pertama yang membuka langkah kepada ‘comeback’ kali ini iaitu NCT U dikatakan telah menggunakan budaya Islam dalam video muzik “Make A Wish (Birthday Cake)”.

peminat bidas kritikan nct permainkan budaya

Antara salah satu isu yang dibangkitkan oleh peminat kumpulan lain ialah bagaimana ‘karpet’ yang digunakan dalam beberapa babak video muzik berkenaan kelihatan seperti sejadah. Eh?

Pun begitu, peminat NCT serta peminat K-Pop di Malaysia terus membidas ciapan berunsur kebencian itu. Kata mereka, karpet tersebut adalah perkara biasa dalam sesetengah budaya dan sejadah mana pula yang sebesar itu. Lagi best, bila ada yang cakap karpet yang digunakan oleh NCT itu boleh didapati di Nilai 3. Adoi korang ni!

peminat bidas kritikan nct permainkan budaya

peminat bidas kritikan nct permainkan budaya

peminat bidas kritikan nct permainkan budaya peminat bidas kritikan nct permainkan budaya peminat bidas kritikan nct permainkan budaya peminat bidas kritikan nct permainkan budaya peminat bidas kritikan nct permainkan budaya peminat bidas kritikan nct permainkan budaya

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah kalau tak tahu, jangan main serbu! Tak baik tahu main tuduh sahaja tanpa siasat dan kaji terlebih dahulu, kan dah malu sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...