‘Next Level’ Jadi Muzik Video Ke-2 aespa Capai 200 Juta Tontonan Di YouTube
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
aespa sekali lagi mencapai kejayaan baharu di YouTube dengan lagu hit mereka “Next Level”!
Artikel Berkaitan
Pada 28 Januari, muzik video untuk lagu hit 2021 aespa “Next Level”, telah berjaya melepasi 200 juta tontonan di YouTube. Muzik video itu dikeluarkan pada 17 Mei 2021, bermakna ia mengambil masa kira-kira lapan bulan dan 10 hari untuk mencapai kejayaan itu.
Untuk pengetahuan, ini adalah muzik video kedua aespa yang mencapai tahap ini selepas “Black Mamba”. Memandangkan “Black Mamba” dikeluarkan lebih awal, iaitu pada November 2020, “Next Level” kini juga merupakan video muzik terpantas aespa yang melepasi 200 juta tontonan di YouTube.
Tahniah aespa! Tarian lagu ni memang buat terikut-ikut kan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




