Ikuti Kami:

‘Nevertheless’ Jadi Bualan, Lakonan Han Sohee Disukai Tapi Bakat Song Kang Dipersoal

‘Nevertheless’ Jadi Bualan, Lakonan Han Sohee Disukai Tapi Bakat Song Kang Dipersoal

Baru sahaja satu episod ditayangkan, namun drama “Nevertheless” sudah menjadi bualan ramai peminat K-Drama.

Ia mengisahkan seorang wanita bernama Yoo Na-bi (Han So-hee), yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-eon (Song Kang) yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun ia tidak menghalangnya untuk memikat ramai wanita.

Walaubagaimanapun, drama ini sepertinya mendapat reaksi pro-kontra daripada penonton. Bukannya kerana plot tetapi kerana lakonan kedua pelakon utamanya. Meskipun merupakan rakan sama umur, namun lakonan Han So-hee menerima pujian ramai tetapi tidak bagi Song Kang.

han sohee nevertheless

Salah satu babak melibatkan Han So-hee yang membuatkan ramai kagum ialah dia menangis teresak-esak apabila kekasihnya memaparkan seni ukiran patung dalam bentuk seksual menggunakan namanya.

Lakonannya sangat baik dalam babak ini.

 

Lakonan dia menangis nampak real sangat.

 

Saya sedar yang Han So-hee memang pandai berlakon selepas menonton babak ini.

Pun begitu, lain pula respon yang diterima Song Kang.

Dia tak pandai berlakon, macam level drama web sahaja.

 

Sama sahaja lakonannya dalam ‘Sweet Home’.

 

Dia tak boleh berlakon, suaranya tak sesuai.

 

Dia nampak berbakat tapi gaya lakonannya macam Kim Hyun-joon dalam ‘Boys Over Flower’.

song kang nevertheless

Malah netizen menekankan mengenai kenyataan yang dikeluarkan pelakon veteran Park In-hwan mengenai lakonan Song Kang di dalam “Navillera”.

Pada awalnya, saya sedang berlatih dengan Song Kang namun dia tidak dapat membaca skrip dengan baik. Mungkin kerana kurang keyakinan diri, tapi suaranya kedengaran sangat perlahan. Jadi, saya beritahu agensinya supaya dia cuba sertai kelas penyuaraan sebagai nasihat. Semasa penggambaran, saya turut meminta dia supaya yakin dan meluahkan segalanya.

Daripada kenyataan itu, ramai yang berharap agar Song Kang menerima nasihat tersebut bagi memperbaiki dirinya.

Apa pula pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...