Ikuti Kami:

Netizen ‘Sekolahkan’ Individu Mengata & Protes Selepas Disaman Heechul Super Junior Dek Tulis Komen Jahat

Netizen ‘Sekolahkan’ Individu Mengata & Protes Selepas Disaman Heechul Super Junior Dek Tulis Komen Jahat

Selepas sekian lama bertahan, akhirnya Hee-chul daripada kumpulan Super Junior membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang yang tegas pada netizen yang meninggalkan komen berunsur jahat ke atasnya. Bahkan penyanyi ini bertegas dengan pendirian ini dan tidak akan berlembut langsung!

Selepas sahaja perkara ini didedahkan kepada umum, satu individu telah menemui satu posting Instagram di mana seorang netizen yang disaman oleh Hee-chul sepertinya tidak berpuas hati dengan hukuman yang diterimanya dan ‘memberontak’ terhadap idola itu.

heechul saman netizen tinggal komen jahat

Meskipun disaman kerana meninggalkan komen jahat tetapi netizen itu meminta Hee-chul supaya menarik semula dakwaan tersebut kerana masalah peribadinya. Walaupun ayat awalnya memohon maaf terhadap tindakannya itu namun daripada pertengahan entri itu, netizen tersebut berbunyi seperti dia tidak berpuas hati malah menuduh idola itu sebagai seorang yang gilakan duit pula.

Kalau awak melihat komen ini, tolong maafkan saya. Ia benar-benar satu kesilapan dan saya tidak mampu untuk membayar jumlah denda sebanyak itu. Adakah awak mahu hidup seperti ini – menyaman orang biasa yang tidak mempunyai kuasa sedangkan awak hidup baik-baik sahaja? Sedangkan awak adalah seorang selebriti??

Awak bukan seperti Hee-chul Super Junior yang saya kenal selama ini. Entah bila awak mula menjadi tamak demi duit. Kalau awak seorang selebriti, awak tak boleh hidup seperti itu! Macam mana awak oleh lakukan hal sebegini kepada seorang peminat? Ibu bapa saya tiada wang dan kami juga mempunyai hutang keliling pinggang. Tolong fikirkan situasi keluarga saya dan batalkan saman itu. Saya dah sampaikan hal ini dengan jelas kepada awak. Kalau awak membacanya namun bertindak mendiamkan diri, maknanya awak akan membunuh seseorang. Tolong ubah pilihan awak yang silap itu sekarang juga!

heechul saman netizen tinggal komen jahat

Membaca luahan tidak puas hati netizen tersebut, orang ramai menyampaikan rasa marah mereka kerana kenyataannya yang tidak masuk akal itu. Siap ada yang tuduh netizen itu mereka cerita mengenai situasi hidupnya bagi menyebabkan kontroversi atas nama Hee-chul.

Bahkan ramai yang marah kerana netizen ini yang bertindak mengeluarkan kata-kata kasar kepada Hee-chul meskipun dia yang pada awalnya meninggalkan komen jahat sehingga disaman oleh selebriti itu.

Ingatkan dia akan bertaubat tapi boleh pula mengugut Hee-chul.

 

Kenapa nak minta mangsa bertanggungjawab pula? Teruk betul..

 

Dah tahu akibatnya, kenapa tak fikir dahulu sebelum tulis komen sebegitu?

 

Memang dah salah dia, kenapa nak salahkan mangsa pula?

 

Selamat berjaya Kim Hee-chul!

 

Gila duit? Tak tahu ke yang Hee-chul tak mahu langsung duit yang daripada saman ini dan serahkan semuanya kepada peguam yang menguruskan kes ini.

Kebanyakan daripada peminat idola itu juga meminta agar dia tidak berlembut dan terus menyaman sesiapa yang meninggalkan komen berunsur jahat tanpa berfikir terlebih dahulu.

Salah sendiri, boleh pula nak salahkan orang lain!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...