Siapa yang kenal Choi Min-ho daripada kumpulan SHINee pasti tahu bahawa dia merupakan seseorang yang kompetitif dan pasti akan melakukan sehabis baik apabila melakukan sebarang tugasan.
Bukan main-main kerana lelaki itu yang sedang berkhidmat untuk tentera laut bagi latihan khidmat ketenteraan wajib didedahkan telah menolak cuti terakhir yang diberikan kepadanya untuk terus memberikan latihan kepada rakan tenteranya.
Pada 21 Oktober, Tentera Laut telah berkongsi di Instagram mengenai keputusan Choi Min-ho itu.
Kebelakangan ini, pelepasan ketenteraan untuk para tentera telah pun diubah dek COVID-19 dan mereka dibenarkan untuk menggunakan cuti terakhir (purata sebulan) sebelum pelepasan rasmi daripada latihan. Mereka boleh menamatkan latihan di rumah tanpa perlu pulang ke kem semula.
Walaubagaimanapun, terdapat seorang tentera laut yang menolak pelepasan tersebut bagi terus berlatih di samping rakan tentera yang lain.
Orang itu tak lain tak bukan ialah Choi Min-ho, yang kini sedang menjalankan tugas sebagai gerakan reaksi pantas di Bahagian Pertama.
Mengikut pelan asal, Choi Min-ho sepatutnya menamatkan latihan daripada rumah pada 15 November iaitu selepas cuti terakhirnya yang bermula pada 27 Oktober. Pun begitu, dia membuat keputusan untuk menamatkan latihan di kem dan menolak cuti terakhir selama 20 hari tersebut agar dapat menyertai latihan untuk melindungi negara dan mengajar junior tentera lain tentang teknik dan taktik yang diketahuinya.
Sebelum menyertai latihan ketenteraan, Choi Min-ho aktif sebagai selebriti dan memulakan latihan pada umur yang agak lewat April lepas. Namun dia telah menyertai segala jenis latihan dengan aktif dan dipercayai oleh senior, junior dan pegawai tentera kerana dirinya yang dipenuhi teladan baik, kesungguhan selain personaliti yang ceria. Dia merupakan seorang tentera yang menerima pujian ramai.
Choi Min-ho gembira kerana dapat menghabiskan semuanya dengan jayanya. Kami akan terus menyokongnya sehingga dia menamatkan latihan.
Mendengarkan berita ini, ramai netizen telah meninggalkan pujian yang melambung kerana tahu ia adalah satu keputusan yang diambil oleh Choi Min-ho. Seperti yang semua tahu, Tentera Laut mempunyai latihan yang paling sukar dan lama berbanding bahagian lain.
Semoga Choi Min-ho menamatkan latihan dengan baik!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.