Ikuti Kami:

Netizen Marah Park Yoochun Mahu Kembali Jadi Artis Selepas Umum Persaraan Kerana Terbukti Ambil Dadah!

Netizen Marah Park Yoochun Mahu Kembali Jadi Artis Selepas Umum Persaraan Kerana Terbukti Ambil Dadah!

Pelakon dan juga idola Park Yoochun ternyata mempunyai masa hadapan yang cerah dalam dunia lakonan kerana berjaya membuktikan bakatnya menerusi beberapa drama popular iaitu “Sungkyunkwan Scandal”, “Miss Ripley”, “A Girl Who Sees Smells” dan banyak lagi! Walaubagaimanapun semuanya musnah apabila namanya terpalit dengan kontroversi ‘panas’ di mana dia dituduh merogol 4 orang wanita di tempat yang berlainan. Namun lelaki itu diklasifikasikan sebagai tidak bersalah kerana kesemua kes tersebut ditarik semula.

Ingatkan tamat begitu sahaja, rupanya lelaki ini dituduh mengambil dadah pula bersama kekasihnya. Yang memalukan apabila dia dengan beraninya mengadakan sidang akhbar dan mengakui bahawa dia tidak pernah mengambil langsung barang terlarang itu. Lain pula ceritanya apabila selepas melakukan ujian pada folikel rambutnya, terbukti sebenarnya bahawa dia positif dadah!

park yoochun mahu kembali ke dunia seni Selepas siasatan dilakukan, pelakon lelaki berbakat itu didapati bersalah membeli sejenis dadah methamphetamine iaitu Philopon sebanyak 3 kali dan menggunakannya 7 kali. Dia dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu bersama bekas tunangannya iaitu Hwang Hana.

Atas sebab hilang kepercayaan, syarikat naungannya pada ketika itu C-Jes Entertainment telah memutuskan untuk ‘menendang’ dia keluar daripada pengurusan mereka pada April 2019. Yoochun juga membuat pengumuman bahawa dia akan bersara daripada industri hiburan sejurus selepas kes itu dibawa ke mahkamah.

Dia kemudiannya dikenakan hukuman penjara selama 10 bulan dan berada dalam tempoh percubaan selama 2 tahun di mana sekiranya dia melakukan sebarang jenayah dalam masa itu, dia akan terus dihantar ke penjara. Selain itu, pelakon itu disaman sebanyak 1.4 million won (RM4,880) atas kesalahannya itu.

park yoochun mahu kembali ke dunia seni

Setelah lama tidak mendengar berita mengenai lelaki itu, ada ura-ura mengatakan Yoochun menyatakan hasrat untuk kembali semula ke dunia seni menerusi perjumpaan peminat yang berlaku di Bangkok pada bulan lepas.

Saya berharap agar saya dapat lalui situasi ini dan kembali aktif. Saya sedang bertahan. Saya tak pasti jika saya layak untuk menerima kasih sayang yang diberikan oleh anda ini. Saya sedang terseksa tetapi saya akan melawannya dan kembali. Saya akan jadi selebriti sehingga saya boleh balas jasa yang anda telah taburkan kepada saya. Saya akan ke sisi anda dahulu.

Mendengarkan kenyataan Yoochun ini, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan muka tebal dan tak malunya. Bagai menjilat ludah sendiri kerana dia sendiri yang umumkan persaraannya tapi kini dia pula yang mahu kembali ke dunia seni.

Awak yang cakap akan bersara sekiranya terbukti positif dadah???

 

Hahahahahahha…. Muka tak malu sungguh.

 

Wow! Tebal sungguh muka.

 

Orang ramai lagi susah hati nak lihat muka awak. Tolonglah jangan kembali.

 

Lagi hebat kerana orang sebegini masih punyai peminat.

 

Mestilah buat duit untuk beli dadah!~

 

Cakap nak bersara???

Betullah orang cakap, kalau nak jadi selebriti ini, hati kena kental dan muka kena tebal!

Sumber: SPOTVNEWS, SBS.COM.AU

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...