Seperti yang semua rakyat Malaysia ketahui, raja buah iaitu durian memang menjadi kegilaan semua orang. Datang sahaja musim buah itu, pasti penuh gerai yang buka tepi jalan khas untuk menjual buah kegemaran ramai tersebut. Siap open table untuk makan terus dekat gerai, tak payah tunggu balik rumah!
Tapi itulah, kenikmatan durian ini hanya mampu dirasai oleh orang Malaysia dan kesemua negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Brunei, Myanmar dan lain-lain. Bagi negara luar daripada Asia Tenggara, sukar bagi mereka untuk berjumpa atau merasai durian kerana bakanya tidak terdapat di sana. Jadi ada yang terkejut dengan bau dan rupa buah itu apabila pertama kali melihatnya.
Sama juga seperti ahli rancangan ‘Law of the Jungle’ edisi Myanmar yang baru ditayangkan baru-baru ini. Semuanya kelihatan terkejut apabila melihat rupa dan isi durian kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini. Rata-rata mereka juga sukakan rasanya yang berlemak selepas merasainya.
Weii tengok dia potong durian macam mana hahaha.
Law of the jungle my fav show. pic.twitter.com/HmVLdIEfKM
— CRAFYNN (@Tumblrshopmy) October 2, 2019
Boleh pula cakap sedap padahal mereka semua gigit bahagian kulit durian!
diorang mkn kulit, bukan isi