Ikuti Kami:

Netizen Lega Lihat Ahli ASTRO Setia Menjaga Adik Mendiang Moonbin, Moon Sua

Netizen Lega Lihat Ahli ASTRO Setia Menjaga Adik Mendiang Moonbin, Moon Sua

Selepas pemergian Moonbin, semua ahli ASTRO nampaknya setia menjaga adik mendiang iaitu Moon Sua..

Terbaru pada petang 31 Mei, seorang peminat melihat ahli ASTRO Cha Eun-woo dan San-ha, serta bekas ahli iaitu Rocky, menonton teater bersama-sama.

Menarik perhatian, adik mendiang Moonbin iaitu Moon Sua turut dilihat duduk di antara mereka, kelihatan gembira di kalangan kawan rapat abangnya.

Sementara, itu, mereka difahamkan sedang menonton teater “Dream High” sebuah drama muzik yang dibintangi oleh Jinjin.

Selepas melihat ahli ASTRO menjaga Moon Sua, netizen telah meluahkan rasa lega mereka dengan berkata,

Gembira melihat mereka bersama. Saya harap semua orang akan gembira.

 

Moon Sua fighting!

 

Saya harap mereka boleh bergantung pada sama lain!

Semoga mereka semua terus berbahagia..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...