Ikuti Kami:

Netizen Kritik ‘Crash Landing On You’ Romantikkan Hubungan Lelaki Korea Utara & Wanita Korea Selatan

Netizen Kritik ‘Crash Landing On You’ Romantikkan Hubungan Lelaki Korea Utara & Wanita Korea Selatan

Anda pernah dengar tak gosip yang mengatakan bahawa pelakon popular iaitu Son Yejin dan Hyunbin sebenarnya adalah pasangan kekasih? Kedua selebriti itu dikatakan mula rapat selepas bergandingan bersama dalam filem “The Negotiation” pada tahun 2018. Meskipun didakwa sebagai pasangan kekasih, ini tidak menghalang Hyunbin dan Son Yejin untuk berlakon dalam naskhah yang sama. Mereka telah pun muncul dalam drama “Crash Landing On You” yang mula ditayangkan sejak 14 Disember lepas di saluran tvN.

Sinopsis

crash landing on you

Drama ini mengisahkan tentang seorang waris orang kaya iaitu Yoo Seri (Son Yejin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Junghyuk (Hyun Bin). Kisah cinta mereka bermula apabila Yoo Seri terpaksa mendarat di Korea Utara selepas paragliding yang dinaikinya sedikit goyang kerana angin yang kuat. Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan Ri Junghyuk dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.

Penonton beri reaksi bercampur

Segelintir netizen yang menonton tayangan perdana drama ini melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan plot ceritanya. Bagi penonton, mereka tidak berkenan dengan kisah seorang wanita Korea Selatan jatuh cinta dengan lelaki daripada Korea Utara. Hubungan tersebut tidak sepatutnya dipandang daripada sudut romantik, mungkin kerana kedua-dua negara itu yang masih lagi tidak berbaik sehingga sekarang.

crash landing on you

1. “Adakah perlu untuk menghasilkan drama tentang hubungan cinta dengan lelaki Korea Utara?.. Tambahan lagi mereka sekarang sedang sibuk dengan eksperimen peluru berpandu, rasa seperti tak kena.”

2. “/mengeluh/.. Sedang Korea Utara sibuk dengan eksperimen peluru berpandu.”

3. “Sejurus berpindah ke drama ini, ia adalah sangat mengecewakan kerana plot cerita dan skrip yang bersepah nak dibandingkan dengan ‘When The Camelli Blooms’. Lelaki utama pula ialah tentera Korea Utara? Tak berkenan langsung.”

4. “Saya berasa sangat tidak selesa kerana drama ini cuba ‘mencantikkan’ lelaki Korea Utara, merugikan masa Son Yejin dan Hyunbin sahaja.”

crash landing on you

Tak kurang juga penonton yang mengkritik lakonan teraju utamanya iaitu Son Yejin. Kata mereka, pelakon wanita itu tidak sesuai membawa watak seseorang yang ‘over’ dan  melebih-lebih.

1. “Mungkin Son Yejin tidak sesuai sangat dengan watak ini dan dia kelihatan janggal lantas membuatkan lakonannya nampak buruk. Watak sampingan pun tak boleh harap, terutamanya pelakon di sebelah keluarga Son Yejin. Saya tak pastilah siapa yang bertanggungjawab dalam pemilihan pelakon tetapi ia adalah bersepah termasuk dengan jalan cerita yang menggelikan.”

2. “Son Yejin lebih sesuai dengan watak natural berbanding dengan lakonan melebih-lebih macam ini…. ruginya.”

3. “Daripada pelakon popular, saya rasa hanya Jun Jihyun yang boleh memainkan watak melebih-lebih macam ini. Son Yejin kelihatan agak kekok…”

crash landing on you

Rating memuaskan

Meskipun mendapat kritikan hebat daripada penonton, tetapi rating yang direkodkan oleh dua episod pertama “Crash Landing On You” ini boleh tahan baik! Nombor yang berjaya dicatatkan untuk episod kedua ialah 6.84% dan 7.84% bagi kedua-dua bahagiannya.

Mungkin lakonan Son Yejin akan bertambah baik pada episod akan datang? Sama-sama kita saksikannya!

Sumber: Netizenbuzz, Wikipedia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...