Ikuti Kami:

Netizen Korea Gesa Kerajaan Batalkan Konsert 2 Hari IU Di Seoul, Dah Kenapa Pula?

Netizen Korea Gesa Kerajaan Batalkan Konsert 2 Hari IU Di Seoul, Dah Kenapa Pula?

Pada hujung September nanti, IU akan menutup konsert jelajahnya “2024 IU HEREH WORLD TOUR CONCERT ENCORE: THE WINNING” yang akan berlangsung di Stadium Piala Dunia Seoul.

Meskipun mendapat sambutan dan tiket semua telah habis dijual namun, netizen rata-rata meminta agar kerajaan membatalkan konsert tersebut susulan perlawanan ‘Kelayakan Piala Dunia Amerika Utara dan Tengah FIFA 2026’ yang akan diadakan di tempat yang sama pada Oktober nanti.

Hal ini kerana, peminat bola bimbang bahawa penonton yang hadir ke konsert itu akan memburukkan lagi keadaan rumput di stadium sekaligus menjejaskan persembahan pemain bola nanti.

iu her world tour

Sebagai respon, agensi IU menjelaskan,

Pada hari konsert, kami akan meneruskan penyusunan tempat duduk dan memulakan pembersihan segera selepas konsert pada hari Ahad berakhir. Kami juga akan memasang tikar perlindungan rumput berlubang untuk memastikan pengudaraan yang betul.

Tambah mereka,

Untuk mengekalkan keadaan sebaik mungkin di dalam stadium, kami akan sentiasa menjaganya dengan pegawai yang akan turut bekerjasama secara aktif.

Sementara itu, konsert penutup IU untuk konsert jelajahnya ini akan berlangsung pada 21 dan 22 September ini Seoul, dengan lebih 100,000 tiket telah habis dijual.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.