Kontroversi berkisar tentang hubungan pasangan Gu Hyesun dan Ahn Jaehyun nampaknya seperti tiada kesudahan.
Selepas Gu Hyesun memuat naik entri menceritakan tentang hal suaminya yang mengambil kucing peliharaannya, kini ada pula entri baru yang di muat naik olehnya! (entri itu telah dipadam)
Pelakon wanita itu telah memuat naik senarai peraturan yang harus dituruti oleh Ahn Jaehyun sepanjang perkahwinan mereka.
Perkara yang perlu diambil berat oleh Ahn Jaehyun:
- “Apabila keluar minum, hanya minum sehingga 10 malam.”
- “Jangan minum sehingga tidak sedarkan diri (kawal diri).”
- “Jangan degil.”
- “Jangan memberi kesan negatif kepada orang lain.”
- “Letak baju di tempat asalnya.”
- “Bersihkan dapur selepas makan (jangan tinggalkan pinggan-mangkuk penuh di dalam sinki).”
- “Tinggalkan baju kotor di bilik mencuci pakaian.”
- “Apabila mabuk atau pun mood tidak baik, jangan menjerit atau pukul atau pun gunakan kekerasan.”
- “Balik rumah sebelum pukul 12 (kecuali jika ada rakaman).”
- “Bersihkan tempat kucing setiap 7 hari.”
- “Jaga percakapan (terutamanya tentang orang lain).”
- “Pastikan kasut tersusun.”
Tapi yang buat netizen garu kepala ialah, bagi senarai perkara yang perlu diambil berat oleh Gu Hyesun, ianya hanya ditulis “Tiada”.
Kebanyakan netizen pun dah naik meluat dan pening dengan drama pasangan ini.
“Tolonglah selesaikan masalah rumah tangga anda sesama sendiri.”
“Saya tiba-tiba faham kenapa Ahn Jaehyun perlu dapatkan rawatan untuk kemurungan.”
“Boleh tak sesiapa tolong hentikan Gu Hyesun.”
“Tetapi dia tiada peraturan untuk dirinya sendiri… pentingkan diri sangat.”
“Saya rasa saya faham kenapa Ahn Jaehyun mahukan perpisahan. Sepertinya dia cuba untuk mengubah Ahn Jaehyun menjadi seperti apa yang dia mahukan. Padahal, Ahn Jaehyun mencintai dirinya yang sebenar dan tak pernah pun cuba untuk mengubahnya. Tiada sesiapa yang sempurna tapi tiada sesiapa boleh berubah dalam sekelip mata. Ruginya…”
Harapnya pasangan ini akan temui jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
Sumber: Allkpop, Netizenbuzz