Ikuti Kami:

Netizen Bongkar Bukti Hoshi SEVENTEEN & Yeri RED VELVET Sedang Bercinta Tapi Betul Ke?

Netizen Bongkar Bukti Hoshi SEVENTEEN & Yeri RED VELVET Sedang Bercinta Tapi Betul Ke?

Selepas Joshua, Hoshi adalah ahli SEVENTEEN seterusnya terpalit dengan khabar angin percintaan..

Pada 10 Ogos, seorang pengguna di Weibo telah mendakwa bahawa Hoshi dan Yeri Red Velvet sedang bercinta. Dalam hantaran yang dimuat naik, pengguna tersebut memberitahu bahawa terdapat mesej tersembunyi yang dibuat oleh Yeri di media sosial pada hari jadi Hoshi.

Selain itu, pengguna tanpa nama tersebut turut membuat spekulasi bahawa kedua-kedua idola itu telah pergi bercuti bersama di Pulau Jeju dan menghadiri acara yang sama.

Ketika menghadiri acara yang sama, mereka berdua akan duduk bersama secara rahsia dan sebagai pasangan. Sebenarnya, semua orang dalam industri hiburan sudah tahu mengenai hubungan mereka namun, belum mengumumkan secara rasmi lagi setakat ini.

hoshi yeri

Selepas khabar angin itu tersebar, netizen rata-rata tidak percaya dengan dakwaan tersebut dan mengulas,

Khabar angin ni nampak sangat ‘fake’ dan tidak patut dipercayai.

 

Mereka perlu memberikan lebih banyak bukti kukuh untuk mengatakan bahawa mereka bercinta.

 

Hoshi lebih aktif di Weverse manakala Yeri sentiasa aktif di Instagram dan Bubble.

 

Siaran di Weibo sentiasa berkongsi dakwaan bercinta antara idola K-Pop..

Biar lah, yang penting mereka bahagia kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...