Ikuti Kami:

Netizen Bincang Sebab Rating Kekal Di 1% Kini, ‘Knowing Bros’ Umum Lee Jinho Jadi Ahli Baru

Netizen Bincang Sebab Rating Kekal Di 1% Kini, ‘Knowing Bros’ Umum Lee Jinho Jadi Ahli Baru

Sudah pun memasuki 300 episod, sepertinya program popular di JTBC iaitu “Knowing Bros” sudah menunjukkan momentum yang perlahan.

Terbaru, satu entri di laman komuniti membincangkan mengenai rancangan itu yang hanya mampu mencatatkan rating dalam lingkungan 1% sahaja kini meskipun pernah mencipta rekod hingga 6% suatu ketika dahulu.

Ujar entri itu,

Bermula satu ketika, kita hanya memberikan reaksi palsu apabila menonton ‘Knowing Bros’. Ianya membosankan kerana konsepnya yang sama sahaja. Penonton hanya ketawa apabila ada tetamu yang kelakar.

jtbc knowing bros

Rata-rata netizen juga sepertinya bersetuju dengan komen ini,

Ianya ditayangkan terlalu lama.

 

Tak kisah bagaimana kelakarnya episod itu, lawaknya asyik digunapakai semula dan akhirnya menjadi bosan. Tak tahulah sekiranya mereka tidak menyedarinya ataupun ianya ialah masalah pada skrip sendiri.

Sudah bertapak sejak 2015, penonton semakin bosan dengan gurauan yang sama iaitu Seo Jang-hoo si duda, Lee Sang-min si penghutang, Min Kyung-hoon si gila, Lee Su-geun yang tidak boleh kalah dengan Kang Ho-dong, Kim Young-chul yang tidak kelakar dan Kim Hee-chul yang mengenali semua selebriti wanita.

Bahkan usaha untuk mengubah slot tayangan ke waktu yang lain juga tak membuahkan hasil untuk melawan krisis ini apabila ratingnya tidak menunjukkan sebarang kemajuan.

lee jinho knowing bros

Dalam pada itu, pihak produksi “Knowing Bros” mengumumkan bahawa mereka akan menambah ahli baru secara rasmi bermula episod 304 ini iaitu pelawak Lee Jin-ho. Menurut pengarah, semangat lelaki itu mampu mencipta sinergi baru dengan ahli lain selain membawa angin baru sebagai ahli termuda kini.

Apa pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...