Siri asal Netflix “Busted” nyata tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu hebat semasa tayangannya pada tahun 2018 sehinggakan ia disambung ke musim kedua pada November lepas. Gabungan 7 selebriti terkenal sebagai ahli rancangan itu iaitu Yoo Jaesuk, Ahn Jaewook, Kim Jongmin, Lee Kwangsoo, Park Minyoung, Sehun (EXO), Lee Seunggi dan Sejeong (Gugudan) memang menjadi kerana ramai suka melihat gelagat mereka semua yang mempunyai pelbagai personaliti.
Kalau anda nak tahu, “Busted” merupakan satu rancangan hiburan yang membawa beberapa artis sebagai detektif untuk menyelesaikan pelbagai kes misteri dan setiap episod membawa kisah misteri yang baru dan berlainan.
Setelah musim keduanya diriliskan pada 8 November lepas, semua peminat nampaknya sudah tidak sabar menanti musim terbaru rancangan hiburan itu. Tak perlu tunggu lagi kerana pihak produksi telah mengumumkan bahawa produksi untuk musim ketiga sedang dalam pembikinan! Berita gembira ini diumumkan menerusi laman rasmi Twitter “Busted” kelmarin.
<범인은 바로 너!> 시즌3 제작 확정!
(떡밥 : 영상을 끝까지 보세요)
.#범인은바로너 #범바너 #시즌3 #Budsted #넷플릭스 #넷플릭스오리지널 pic.twitter.com/4DPhUrxEiS— Netflix Korea (@NetflixKR) February 16, 2020
Sesiapa yang merupakan peminat fanatik program detektif ini pasti tahu yang ahli asal iaitu Lee Kwangsoo tidak dapat menyertai musim kedua kerana terikat dengan jadual seni yang lain. Dia akhirnya digantikan dengan Lee Seunggi dalam musim lepas tetapi dengar cerita pelakon lelaki itu akan memberika reaksi positif untuk kembali dalam musim ketiganya. Dalam sedutan klip pendek ini pun, dapat didengari suara Kwangsoo pada hujungnya.
Tak sabarnya nak nantikan musim terbaru “Busted”!