Ikuti Kami:

Netflix Dedah 22 Juta Langganan Berbayar Tonton ‘Sweet Home’

Netflix Dedah 22 Juta Langganan Berbayar Tonton ‘Sweet Home’

Netflix ternyata membuat percaturan yang baik apabila memilih untuk menghasilkan drama “Sweet Home”.

Kalau anda nak tahu, Netflix buat pertama kalinya menerima sebanyak 200 juta langganan di mana garisan 100 juta dilepasi pada tahun 2017. Selepas EMEA (Eropah, Arab Tengah dan Afrika), kawasan Asia-Pasifik merupakan wilayah kedua yang menyaksikan perkembangan Netflix terbesar.

Terbaru, laman penstriman popular itu telah berkongsi pendapatan untuk suku ke-4 dan kejayaan drama adaptasi webtoon itu menonjol habis. Didedahkan bahawa 22 juta langganan berbayar yang menyaksikan “Sweet Home” pada 4 minggu terawal tayangannya. Sekaligus menjadikan ia naskhah yang paling berjaya buat Netflix dalam suku ke-4 2020.

netflix sweet home

Khabarnya Netflix akan terus melaburkan banyak lagi wang untuk memberikan kandungan Korea terbaik buat penonton. Jadi, tunggu sahaja pelbagai K-Drama dan K-Filem eksklusif dan berkualiti tinggi untuk anda!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...