Ikuti Kami:

Nekad Buat Hidup Lee Dongwook Susah, Lakonan Antagonis Kim Bum Dipuji Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed’

Nekad Buat Hidup Lee Dongwook Susah, Lakonan Antagonis Kim Bum Dipuji Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed’

Selepas 4 tahun menyepikan diri, penonton terus melompat gembira apabila dikhabarkan bahawa Kim Bum akan menunjukkan bakat lakonannya dalam drama fantasi urban “Tale Of The Nine Tailed”.

Drama ini mengisahkan tentang seorang gumiho lelaki (makhluk mistik rubah berekor sembilan) bernama Yi Yeon (Lee Dong-wook) yang tinggal di bandar serta Nam Ji-ah (Jo Bo-ah), seorang pengarah produksi yang tidak kenal erti takut dan berusaha keras menjejaki makhluk itu. Kim Bum pula membawa watak Yi-rang iaitu adik tiri kepada Yi Yeon dan lahir separuh manusia dan separuh gumiho.

lakonan kim bum dalam tale of the nine tailed dipuji

Pelakon lelaki itu membuat kelainan dengan membawa watak antagonis selain menekankan hubungan ‘benci’ terhadap abang tirinya sendiri. Malah lelaki yang separuh gumiho dan separuh manusia nampaknya nekad ingin menyakiti hati Yi Yeon dengan mengusik dan menimbulkan masalah terhadap wanita yang menarik minat abangnya iaitu Nam Ji-ah.

Selepas melihat lakonannya sebagai watak jahat dalam 4 episod terawal “The Tale Of The Nine Tailed”, rata-rata penonton nyata terpana dan memuji kemampuan Kim Bum untuk melakonkan watak yang lain daripada biasa.

Sedihnya tengok Kim Bum apabila dikelar abangnya, watak ini memang sesuai untuknya.

 

Lakonan Kim Bum sangat hebat

 

Wajahnya ketika zaman ‘F4’ masih kekal sama..

 

Watak Yi Rang memang untuk Kim Bum.. melihatkan dia sedih dan kemudiannya tersenyum, hiba dan menangis.

 

Kim Bum memang mempunyai iras rubah yang menjadi manusia. Setiap kali melihatnya, memang nampak seperti watak itu adalah dia.

 

Memang best lakonan Kim Bum.

lakonan kim bum dalam tale of the nine tailed dipuji

Dengan itu, terbuktilah bahawa Kim Bum masih lagi berbisa walaupun dah lama tak berlakon. Kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...