Song Ji-hyo mendedahkan dia sangat suka datang ke Malaysia, dan menambah bahawa dia sering mengunjungi negara ini untuk tujuan kerja dan juga bercuti.
Pelakon berusia 43 tahun itu berada di Kuala Lumpur baru-baru ini sebagai sebahagian daripada aktiviti promosi untuk dokumentari BBC Earth tiga episod berjudul “Deep Dive Korea: Song Ji-hyo’s Haenyeo Adventure”. Katanya kepada StarLifeStyle,
Saya suka Malaysia.
Sebelum ini, Song Ji-hyo kerap hadir ke sini untuk aktiviti sebagai duta jenama kecantikan Glutanex selain untuk perjumpaan peminat, “Running Man Run 2 U Live In Kuala Lumpur” pada bulan Februari lalu.
Saya datang ke sini bukan hanya untuk kerja, tetapi secara rahsia juga untuk bercuti. Malaysia adalah salah satu negara kegemaran saya untuk dilawati.
View this post on Instagram
Menurutnya, dia mempunyai peminat wanita paling ramai di Malaysia,
Ada banyak wajah yang saya kenali setiap kali saya datang ke sini, dan mereka menyambut saya dengan begitu mesra. Dan kadang-kadang saya juga nampak mereka di Korea. Seperti mereka datang ke Korea untuk jumpa saya juga. Jadi saya sentiasa menantikan untuk datang ke Malaysia kerana saya menerima sambutan yang sangat hangat.
Pelakon itu juga berkongsi bahawa dia tidak pernah terlepas untuk menjamah satay setiap kali berada di Malaysia. Dia juga pernah mencuba makanan lain seperti sup bebola daging, minuman berperisa ros dan makan di restoran tempatan yang disyorkan oleh penduduk setempat.
Sayang Song Ji-hyo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.