Utama K-Pop NCT127 Raih Anugerah Utama Di ‘Seoul Music Awards Ke-31’

NCT127 Raih Anugerah Utama Di ‘Seoul Music Awards Ke-31’

nct127 daesang

Malam ini, peminat K-Pop telah dimeriahkan dengan majlis anugerah ‘Seoul Music Awards ke-31’.

Dihadiri oleh pelbagai nama besar serta peminat, anugerah itu berjaya menyampaikan anugerah buat ramai artid yang menunjukkan prestasi hebat sepanjang tahun lalu.

Untuk anugerah yang paling dinantikan iaitu Anugerah Utama (daesang), diumumkan bahawa NCT127 telah memenangi trofi terbesar itu.

nct127 daesang

Ucap Taeyong,

Kami tak sangkakan ini, namun kami berasa tersentuh kerana menerima anugerah sebesar ini. Kesemua ahli sudah berlari sekuatnya. Saya merasakan 2021 merupakan tahun yang kami boleh bersinar kerana ahli NCT ada bersama. Kalau tidak kerana ahli yang berbakat, bertenaga dan hebat, saya tak rasa kami mampu ke tahap ini. Saya berasa berbangga dengan ahli dan sangat berharap agar kami terus sihat dan bahagia tanpa kecederaan atau kesakitan.

Lebih bermakna kerana ia merupakan pertama kali kumpulan di bawah naungan SM Entertainment itu membawa pulang anugerah berkenaan di majlis anugerah itu.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...