Sebelum ini, Na-yeon dari kumpulan TWICE telah berjaya meraih perhatian apabila dia mengumumkan bakal debut solonya! Terbaru, satu senarai lagu untuk album mini pertama itu dikongsikan dan dapat dilihat dia bakal bergandingan dengan beberapa artis hebat.
Pada 19 Mei lalu, Na-yeon mengumumkan rancangannya untuk debut solonya yang telah lama ditunggu-tunggu. Penyanyi itu akan mengeluarkan album mini pertamanya “IM NAYEON” pada 24 Jun yang akan datang. Pra-pesanan untuk album mini tersebut pula telah bermula pada 24 Mei lalu.
Na-yeon juga telah memuatnaik imej teaser pertamanya untuk album mini yang akan datang, serta senarai lagu untuk album mini solo debutnya, “IM NAYEON”! Dengan tujuh lagu kesemuanya, album mini Na-yeon akan menampilkan “POP!” sebagai lagu tajuk. Na-yeon juga dikreditkan sebagai penulis lirik lagu bagi “Love Countdown” dan “All or Nothing.”
Selain itu, album itu juga mengandungi lagu yang mana dia bergandingan bersama Felix STRAY KIDS dan juga penyanyi Wonstein pada lagu ke-2 dan ke-3 seperti yang tertera pada imej teaser yang dimuat naik melalui akaun Twitter rasmi “TWICE”.
https://twitter.com/JYPETWICE/status/1531289330425004033
Tak sabar betul nak tunggu keluaran sepenuhnya untuk album mini pertama Im Na-yeon kan? Korang dah tengok ke senarai lagu? Kalau belum, boleh klik pada pautan diatas okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.