Siapa sangka Nayeon TWICE sebenarnya menyimpan kisah duka dari semua..
Pada pagi ini, Jabatan Hal Ehwal Am ke-13 Mahkamah Daerah Seoul Timur memaklumkan bahawa bekas teman lelaki ibu Nayeon menfailkan saman pinjaman sebanyak 600 juta won (RM2.1 juta) terhadap idola itu pada Januari lalu tapi kemenangan tidak berpihak kepadanya.
Berkaitan hukuman ini, ‘A’ memindahkan sebanyak 535.9 juta won (RM1.9 juta) dari 2004 ke 2016 kepada pihak Nayeon. Mahkamah turut mengakui bahawa selama 12 tahun itu, ‘A’ memindahkan wang sebanyak 500 juta won (RM1.8 juta) kepada idola itu dan mengakui bahawa mereka menerima wang itu untuk bayaran sewa bulanan, pinjaman, tuisyen dan perbelanjaan telekomunikasi. Tapi, hakim memutuskan tiada bukti kukuh untuk mengatakan pinjaman ini wajib dibayar semula. ‘A’ dikhabarkan tidak membuat rayuan selepas kalah ketika perbicaraan pertama.
Respon wakil JYP mengenai hal ini,
Tiada apa yang mahu diperkatakan lagi [berkaitan kes itu] kerana keputusan itu sudah ditetapkan dan ditutup serta ia tidak berkaitan dengan aktiviti seni artis itu. Tapi, kami akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas atas kes ini sebagai sesuatu yang boleh merosakkan reputasi artis atau menghinanya menerusi penulisan secara spekulasi.
Semoga semua baik-baik sahaja..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.