Ikuti Kami:

Naskhah Lakonan Jang Nara Gagal 4 Tahun Berturut-Turut, ‘My Happy End’ Raih Rating Rendah

Naskhah Lakonan Jang Nara Gagal 4 Tahun Berturut-Turut, ‘My Happy End’ Raih Rating Rendah

Selepas beberapa minggu bermain dengan perasaan penonton, akhirnya “My Happy End” menamatkan tayangan kelmarin.

Dalam episod akhir itu, akhirnya Seo Jae-won (Jang Na-ra) menemui bahagia sendiri bersama anaknya selepas kematian suaminya, Heo Soon-young (Son Ho-jun). Malah rakan baik yang turut mengkhianatinya turut menemui ajal apabila dilanggar ketika sedang melintas jalan.

Sepanjang tayangan, drama itu hanya mampu meraih rating bawah 3% dengan catatan 2.9% untuk episod terakhirnya. Sedikit menyedihkan meskipun ramai yang teruja menyaksikan gandingan semula antara Son Ho-jun dan Jang Na-ra sejak “Go Back Couple”.

jang nara

Dalam pada itu, ramai yang sedikit kecewa apabila drama lakonan Jang Na-ra kurang mendapat perhatian sejak kebelakangan ini. Sejak “VIP” tamat pada 2020, pelakon wanita itu sedikit kurang bertuah dengan pilihan dramanya seperti “Family” (3%), “Sell Your Haunted House” (5%) dan “Oh My Baby” (1.9%).

Disebabkan itu, ada yang menganggap Jang Na-ra sudah ‘tak menyengat’ dengan pemilihan naskhah ‘suam suam kuku’

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...