Ikuti Kami:

“Nasib Saya Suami Orang” – Staf Penggambaran Kongsi Momen ‘Misteri’ Bersama Son Sukku

“Nasib Saya Suami Orang” – Staf Penggambaran Kongsi Momen ‘Misteri’ Bersama Son Sukku

Pergi ke sana dan ke mari, nama Son Suk-ku nyata meniti di bibir seua penonton drama Korea.

Terbaru, sebuah kisah staf penggambaran mengenai pertemuan bersama Son Suk-ku telah tular di laman komuniti baru-baru ini.

Saya menemuramah Son Suk-ku minggu lalu.

Jelasnya,

Dia bukan seorang yang lembut, dia sediki sinikal dan setiap jawapannya cool dan sangat seksi.

son sukku

Tambahnya lagi,

Selepas temuramah itu, saya mencari muzik untuk didengar di dalam kereta sebelum pulang ke rumah. Kemudian, saya terdengar ketukan pada tingkap. Dia merupakan Suk-ku. Tanpa berkata banyak, dia memberikan saya kipas dan berkata, ‘Ambil ini’ dan pergi.

Saya cuba mencari tandatangan pada kipas itu kerana menyangka dia menandatanganinya tapi tak ada pun. Ia hanyalah kipas promosi dengan gambar dia. Kenapa dia memberikan kepada saya? Saya masih memikirkannya.

Akuinya,

Ini sangat berbahaya. Nasib saya suami orang. Kalau saya seorang perempuan, mesti parah. Jika saya mati, saya akan mati sambil teringatkan kipas Son Suk-ku. Saya akan tanya padanya sekiranya kami berjumpa lagi. Kenapa dia memberikan saya kipas itu?

Sungguh misteri Son Suk-ku..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...