Ikuti Kami:

“Nantikan ‘Taxi Driver 2′” – Lee Jehoon Dinobat ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ Di ‘2021 SBS Drama Awards’

“Nantikan ‘Taxi Driver 2′” – Lee Jehoon Dinobat ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ Di ‘2021 SBS Drama Awards’

Kelmarin, telah berlangsung majlis berprestij “2021 SBS Drama Awards”. Ianya berlansgung tanpa penonton bagi berjaga-jaga dari jangkitan COVID-19.

Dalam ramai-ramai yang menerima anugerah, ucapan Lee Je-hoon yang meraih anugerah ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ untuk kategori drama siri mini (fantasi) telah menarik perhatian ramai.

Katanya,

Saya berlakon dengan niat untuk membalas dendam bagi pihak dunia yang kejam dan tidak adil menerusi skuad pelangi dalam ‘Taxi Driver’.

lee jehoon

Dalam pada itu, Lee Je-hoon sempat menyebut mengenai musim kedua drama itu,

Saya berharap untuk ‘Taxi Driver 2’. Saya menantikan perkembangan pasukan pelangi nanti. Walaupun tidak pasti bila, namun saya akan menunggunya.

Pelakon itu turut menyatakan bahawa Kim Do-ki merupakan watak yang tidak akan dilupakan selamanya dan berharap agar semua turut mengingatinya.

Semoga “Taxi Driver 2” tayang tahun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...