Ikuti Kami:

Nantikan Single Terbaru Blackpink ‘How You Like That’ Pada 26 Jun Nanti

Nantikan Single Terbaru Blackpink ‘How You Like That’ Pada 26 Jun Nanti

Selepas hampir setahun lebih tidak kembali dengan album baru, peminat nyata teruja apabila BLACKPINK dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula dengan album baru pada September nanti.

Bagi menaikkan lagi jangkaan peminat, YG Entertainment telah memuat naik beberapa keping gambar untuk lagu album terbaru mereka ini.

Tak cukup dengan itu, sebelum album baru itu sampai ke tangan peminat. BLACKPINK akan mengeluarkan satu lagu dahulu supaya melepaskan rindu BLINKs. “How You Like That” akan bermula bermain di corong radio bermula 26 Jun nanti.

blackpink how you like that

Bahkan poster hebat untuk album terbaru ini juga dah buat penonton berasa tidak senang duduk dan tak sabar menantikan album penuh BLACKPINK itu sampai ke tangan mereka.

Bagi yang tidak mengetahui, selepas lagu “How You Like That”, BLACKPINK akan terus mempromosikan satu lagi single baru pada Julai nanti sebelum mengeluarkan album penuh pada September nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...