Ikuti Kami:

“Nampak Tua..” – Dating Di Perlawanan Besbol, Netizen Banding Visual Song Joongki & Isteri

“Nampak Tua..” – Dating Di Perlawanan Besbol, Netizen Banding Visual Song Joongki & Isteri

Pejam celik, dah hampir setahun Song Joong-ki menamatkan zaman bujangnya buat kali kedua.

Sejak berkahwin dengan Katy Louis Saunders, lelaki itu dilihat sering membawa isterinya ke majlin keramaian. Malah mereka juga sering berjanji temu di tempat terbuka tanpa mengira pandangan orang lain.

Terbaru, pasangan itu turut dilihat menghadiri perlawanan besbol ‘MLB Seoul Series 2024’ bersama beberapa pelakon popular lain. Nampak santai, ternyata ramai yang meninggalkan komen yang pelbagai apabila melihat Song Joong-ki dan Katy.

song joongki katy

Komen netizen di sebuah laman komuniti,

Dia nampak seperti… seperti orang putih biasa.

 

Nak tahu sangat rupa anak mereka.

 

Katy nampak baik. Cantik!

 

Kenapa Song Joong-ki nampak muda sangat.

 

Sejujurnya Katy nampak terlalu tua nak dibandingkan dengan Song Joong-ki.

 

Saya masih lagi tak percaya Song Joong-ki berkahwin dengan orang luar.

Bagi yang tidak mengetahui, Song Joong-ki sudah pun menginjak usia 39 tahun kini manakala Katie pula berusia 40 tahun. Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki pada Jun tahun lalu.

Semoga berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...