Ikuti Kami:

Nampak Muda & Menawan, Penampilan Song Hyekyo Di Minggu Fesyen Milan Curi Perhatian

Nampak Muda & Menawan, Penampilan Song Hyekyo Di Minggu Fesyen Milan Curi Perhatian

Peminat pasti tahu bahawa Song Hye-kyo merupakan duta buat jenama mewah Itali ‘Fendi’.

Baru-baru ini, Song Hye-kyo telah menghadiri Minggu Fesyen Milan 2023 untuk jenama Fendi, koleksi musim luruh dan musim sejuk.

Tampil dengan pakaian kelabu yang elegan beserta rambut panjat yang diikat separuh tocang, pelakon “The Glory” itu telah mendapat perhatian ramai dengan ‘visual’nya yang tidak pernah menghampakan.

Menerusi foto dan video yang dikongsi, Song Hye-kyo juga dilihat duduk di sebelah CEO Fendi iaitu Serge Brunschwig ketika sedang menyaksikan pertunjukan fesyen itu, membuktikan pengaruhnya yang hebat kepada jenama tersebut.

Selain itu, selebriti lain yang juga tampil di acara yang sama ialah Yuqi (G)I-DLE, Cheng Xiao, Noah Cyrus dan ramai lagi.

Tak pernah tak cantik la Song Hye-kyo ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...