Ikuti Kami:

“Nampak Lebih Sesuai Sekarang” – Ahli ‘The Sixth Sense 3’ Usik Pembedahan Hidung Lee Sangyeob

“Nampak Lebih Sesuai Sekarang” – Ahli ‘The Sixth Sense 3’ Usik Pembedahan Hidung Lee Sangyeob

Tidak dinafikan ahli “The Sixth Sense 3” memang seronok mengusik Lee Sang-yeob.

Baru-baru ini, program berkenaan telah memuat naik klip pendek di mana mereka mengusik Lee Sang-yeob mengenai kondisi hidungnya.

Ianya bermula apabila Yoo Jae-suk mengenai hal itu sebelum pengenalan episod itu. Katanya,

Tapi, tulang hidung awak dah nampak surut sikit.

lee sangyeob sixth sense

Soal Jessi,

Awak buat hidung ke?

Jelas Lee Sang-yeob, hidungnya terhentak dek sedikit kemalangan semasa memandu beberapa hari yang lalu. Bahkan dia sepatutnya tidak hadir ke penggambaran hari itu namun tetap menyertainya kerana keadaan hidungnya yang kian membaik.

Lebamnya masih belum 100% surut.

lee sangyeob sixth sense

Tanya Lee Mi-joo pula,

Awak masukkan sesuatu (implan)?

Mengambil peluang itu, Yoo Jae-suk mengusik dan mengatakan bahawa hidungnya yang sedikit lebam itu nampak lebih elok daripada biasa.

Jessi turut bersetuju,

Betul, hidungnya yang dahulu nampak seperti terlalu dihias.

lee sangyeob sixth sense

Tambah Oh Na-ra pula,

Awak patut kekalkan hidung seperti ini.

Jawan Lee Sang-yeob tergamam,

Pelik betul perasaan ini..

Seronok betul lihat wajah blur Lee Sang-yeob dek serangan bertubi-tubi ahli lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...