Ikuti Kami:

“Nampak Kelakar Sikit” – Peminat Terkejut Lihat Penampilan Santai Gong Yoo Berbanding Dalam Drama

“Nampak Kelakar Sikit” – Peminat Terkejut Lihat Penampilan Santai Gong Yoo Berbanding Dalam Drama

Gong Yoo ni tak pernah tak handsome.. tapi ada satu gambar yang buat peminat terkejut.. gambar apa ek?

Korang mesti selalu nampak kan bagaimana Gong Yoo sentiasa tampil kemas, bergaya dan tampan di kaca televisyen? Tapi, korang pernah nampak tak bagaimana rupa Gong Yoo kalau dia duduk rumah sahaja?

Terbaru, satu video dimuat naik melalui akaun Instagram rasmi Gong Yoo yang dikendalikan oleh agensinya, Soop. gong yooMenerusi video tersebut, Gong Yoo dilihat memakai tshirt putih bersama seluar pendek hitam. Dek kerana penampilannya sebegitu, dia berkata,

Mesti ramai orang akan rasa terkejut bila mereka melihat penampilan saya yang sebenar. 

Jika dilihat bagaimana penampilan Gong Yoo di hari biasanya, semestinya dia tampak lebih selesa dan santai tanpa perlu terlalu bergaya seperti di majlis-majlis hebat. Malah, melihat kepada rupanya seperti itu, ada peminat yang berkata penampilannya berubah hampir 180 darjah daripada penampilan di kaca televisyen.

Rata-rata dalam kalangan peminat terhibur dengan penampilannya malah turut meninggalkan komen seperti,

“Dia nampak macam abang-abang di kawasan rumah saya.”

 

“Sekali pandang, saya ingat dia Kim C.”

 

“Dia comel tapi nampak kelakar sikit.”

Takpelah, rupanya masih ada…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...