Ikuti Kami:

“Nampak Je Lembut” – Kena Buang Sekolah Dek Kes Buli, Wajah Berbeza Song Hayoon Waktu Zaman Sekolah Tular

“Nampak Je Lembut” – Kena Buang Sekolah Dek Kes Buli, Wajah Berbeza Song Hayoon Waktu Zaman Sekolah Tular

Walaupun semakin popular kini, nama Song Ha-yoon nampaknya dah ‘buruk’ selepas terpalit dengan kes buli.

Baru-baru ini, Song Ha-yoon telah dituduh sebagai pembuli di sekolah dan turut menampar salah seorang mangsa selama 90 minit secara berterusan.

Sebagai respon, agensi menyatakan bahawa memang benar pelakon itu pernah dibuang sekolah kerana dibuli namun, dakwaan mengenai dia menampar pelajar adalah tidak benar.

Dengan isu ini yang masih ‘panas’, gambar Song Ha-yoon ketika zaman sekolah telah tular, kerana wajahnya yang nampak berbeza dari sekarang.

song hayoon

Khususnya, gambar itu telah dimuat naik pada 2021 dan pemuat naik seolah-olah sudah lama memberi petunjuk bahawa Song Ha-yoon adalah pembuli. Tulisnya,

Dia pernah menguasai sekolah menengahnya.

Selain itu, ada juga yang menjumpai hantaran yang pernah dimuat naik salah seorang saksi pada 2018, dengan mendedahkan,

Saya satu sekolah yang sama dengannya. Dia dipindahkan secara paksa dari sekolah menengah kerana dia dan kumpulannya membuli dan menyerang seorang pelajar. Lol. Walaupun dia nampak lembut tapi dia sangat ganas.

Setakat ini, agensi Song Ha-yoon masih belum mengeluarkan kenyataan susulan mengenai kes tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...