Ikuti Kami:

“Nampak Extra Kacak” – Peminat Teruja Lihat B.I Pakai Set Lengkap Baju Melayu Cekak Musang

“Nampak Extra Kacak” – Peminat Teruja Lihat B.I Pakai Set Lengkap Baju Melayu Cekak Musang

Baru-baru ini, B.I telah mengadakan acara fansign di Korea, susulan keluaran album terbarunya “Wonderland”.

Antara perkara yang menarik perhatian adalah apabila seorang peminat menghadiahkan Baju Melayu Cekak Musang buat penyanyi itu, lengkap dengan Songkok dan juga Sampin.

Sebagai tanda penghargaan, B.I terus mengenakan pakaian tradisional itu sambil dibantu oleh salah seorang staf.

Tampak tampan dan bergaya, peminat Malaysia telah meluahkan rasa teruja mereka melihat penyanyi “BTBT” itu memakai pakaian tradisional Melayu dan memuji bahawa warna yang dipilih memang sesuai dengannya.

Antara komen peminat,

  • Kena pula warna rambut dengan sampin tu.
  • Saya terima nikahnya!
  • Ok dah ready dah nak zapin ni.
  • Nampak extra handsome la!

Sementara itu, B.I akan menemui peminat di Malaysia menerusi konsert jelajah ‘2025 B.I TOUR: THE LAST PARADE TOUR IN KUALA LUMPUR’, yang akan berlangsung pada 21 September nanti di Mega Star Arena.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...