Ikuti Kami:

“Nampak Dia Sedih” – Tak Boleh Beri Autograf, Sikap Jennie BP Pada Peminat Warga Emas Ini Dipuji

“Nampak Dia Sedih” – Tak Boleh Beri Autograf, Sikap Jennie BP Pada Peminat Warga Emas Ini Dipuji

Sebagai seorang selebriti, Jennie BLACKPINK pastinya akan sentiasa menghargai peminat yang menyokongnya.

Baru-baru ini, Jennie telah tiba di Lapangan Terbang Incheon dari Paris, selepas selesai mengadakan konsert jelajah kumpulan di situ.

Setibanya idola itu di lapangan terbang, ramai peminat dan wartawan telah menyambutnya dan ada juga yang memberikan surat serta hadiah.

Meskipun selepas perjalanan yang panjang, Jennie tetap setia berinteraksi dengan mesra bersama peminat.

Dalam satu video yang dikongsi, seorang peminat warga emas cuba menghampirinya sambil memegang sepanduk besar dan dilihat ingin mendapatkan autograf Jennie. Bagaimanapun, atas isu keselamatan, pengawal terpaksa menghalang artis tersebut dari berbuat demikian.

Khususnya, Jennie yang melihat situasi tersebut terus menundukkan kepalanya dan meminta maaf kerana tidak dapat memberikan tandangannya buat peminat warga emas itu.

Selepas video itu tersebar, netizen rata-rata memberikan respon positif terhadap sikap baik Jennie dan keprihatinannya pada peminat.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...