Media Korea baru-baru ini melaporkan Jeon Yeo-bin bakal menyertai Namgoong Min dalam drama tvN “Our Movie”.
Ia membawa kisah seorang pengarah filem terkait dengan seorang pelakon wanita kesuntukan masa dalam kariernya dan cuba menjalani kehidupan terbaik dalam tempoh yang masih ada.
Namgoong Min dilamar membawa watak Lee Jae-ha, seorang pengarah dihormati yang cuba menunaikan impian pelakon wanita yang sakit kini manakala Jeon Yeo-bin merupakan pesakit yang mencapai impian terakhirnya.
Khabarnya, pelakon wanita itu dalam perbincangan terakhir untuk menyertai “Our Movie”.
Sama-sama kita nantikan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.