Ikuti Kami:

Namgoong Min Jadi Ejen Elit NIS, Drama Aksi Blockbuster ‘Black Sun’ Bakal Tayang Nanti

Namgoong Min Jadi Ejen Elit NIS, Drama Aksi Blockbuster ‘Black Sun’ Bakal Tayang Nanti

Yes! Akhirnya Namgoong Min kembali dengan drama baru MBC tak lama lagi.

Sudah lama dicanang oleh industri drama Korea, akhirnya foto pelakon lelaki itu diriliskan untuk tatapan peminat.

Untuk pengetahuan anda, “Black Sun” ialah sebuah drama aksi blockbuster di mana Namgoong Min membawa watak Han Ji-hyuk, seorang ejen lapangan elit di NIS (National Intelligence Service). Disebabkan oleh rekodnya yang sempurna dan berbakat dalam menyelesaikan misi, lelaki itu dinamakan sebagai ejen teratas dan sering diidolakan oleh rakan sekerjanya.

Walaubagaimanapun semasa dia berjaya menolak sindiket jenayah terancang ke penghujungnya, lelaki itu tiba-tiba lenyap daripada dunia ini. Bertahun menghilangkan diri, dia kembali dengan jitu dan menyertai sindiket jenayah bagi mencari pembelot yang bertanggungjawab di atas kejatuhannya dahulu.

mbc black sun

Produser “Black Sun” tidak berhenti membanjiri Namgoong Min dengan pujian,

Daripada membina badannya sehingga sering menganalisis cara untuk menyampaikan dialog dan juga pernafasan, Namgoong Min sedang memaparkan Han Ji-hyuk dengan sempurna dek bakat lakonannya. Disebabkan oleh sifat genre aksi blockbuster, terdapat banyak babak yang susah namun Namgoong Min melakonkannya dengan sempurna sehingga kami yang melihat turut merasa keseronokannya.

Kepada yang sudah tidak sabar, “Black Sun” dikhabarkan bakal menemui penonton pada separuh kedua 2020.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...