Namgoong Min khabarnya akan kembali dengan drama baru!
Media Korea baru-baru ini melaporkan pelakon lelaki itu bakal menerajui drama tvN “Our Movie”.
Ia membawa kisah seorang pengarah filem terkait dengan seorang pelakon wanita kesuntukan masa dalam kariernya dan cuba menjalani kehidupan terbaik dalam tempoh yang masih ada.
Namgoong Min dilamar membawa watak Lee Jae-ha, seorang pengarah dihormati yang cuba menunaikan impian pelakon wanita yang sakit kini.
Nantikan maklumat lanjut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.