Ikuti Kami:

Namgoong Min Dilamar Jadi Peguam Penceraian Dalam ‘Sacred Divorce’

Namgoong Min Dilamar Jadi Peguam Penceraian Dalam ‘Sacred Divorce’

Adakah Namgoong Min bakal muncul dalam drama terbaru JTBC iaitu “Sacred Divorce”?

Selepas dilaporkan bahawa lelaki itu akan menerajui drama berkenaan, agensinya telah tampil memberikan respon,

Namgoong Min ada menerima tawaran untuk membuat kemunculan dalam ‘Sacred Divorce’ dan sedang menelitinya.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, drama ini membawa kisah seorang peguam penceraian berusia 45 tahun bernama Shin Sung-han yang menyelesaikan pelbagai kes kekeluargaan.

namgoong min

Namgoong Min dilamar menjadi watak utamanya iaitu Shin Sung-han, seorang peguam penceraian. Lahir dalam keluarga yang kaya dan langsung tidak perlu mencemburui sesiapa, namun dek kesukaran untuk membuat keputusan dalam hidup membuatkan dia hanya mampu lulus peperiksaan guaman pada usia 39 tahun.

Khabarnya, lelaki berbadan sasa ini akan memulakan penggambaran untuk drama ini selepas “A Thousand Won Lawyer” selesai promosinya.

Agaknya Namgoong Min akan menerima tawaran ini tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...