Utama Gossip Nama Park Sodam & Suzy Disebut Sebagai Calon Bawa Watak Cindy Moon...

Nama Park Sodam & Suzy Disebut Sebagai Calon Bawa Watak Cindy Moon Dalam Filem Marvel Terbaru ‘Silk’

suzy dan park sodam bawa watak marvel silk

Rasanya peminat Marvel pastinya dah tak sabar menanti hero komik ‘Silk’ yang bakal diterbitkan sebagai filem tak lama lagi kan?

Tapi nampaknya peminat K-Drama dan K-Filem pastinya akan merasa lebih seronok kerana dikhabarkan bahawa nama pelakon Park So-dam dan Suzy disebut sebagai antara calon yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai teraju utama naskhah tersebut.

Meskipun sudah lama diuar-uarkan mengenai penerbitan komik marvel ini kepada filem adiwira tetapi pelakon wanita utama yang bakal membintanginya masih belum diumumkan lagi kepada orang ramai. Namun khabar angin yang menyebut nama Suzy dan Park So-dam sebagai antara calon yang sedang dipertimbangkan nyata mendapat perhatian ramai.

suzy dan park sodam bawa watak marvel silk

Kalau anda nak tahu, ‘Silk’ juga dikenali sebagai Cindy Moon ialah adiwira kacukan Korea dan Amerika di mana wataknya muncul buat pertama kalinya dalam “The Amazing Spider-Man #1”.

Bukan sahaja dua pelakon Korea tersebut, malahan pelakon popular China seperti Tiffany Espenson yang pernah membintangi “Spider-Man: Homecoming” dan pelakon Vietnam Lana Condor daripada siri Netflix “To All The Boys I’ve Loved Before” turut dinamakan sebagai antara calon pelakon untuk watak rekaan tersebut.

Anda rasa Park So-dam dan Suzy boleh tak membawa watak ‘Silk’ ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERStar News
Loading...