Ikuti Kami:

Nam Yoonsu Sah Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘The Borrowed Body’

Nam Yoonsu Sah Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘The Borrowed Body’

Tak perlu tunggu lama, Nam Yoon-su disahkan bakal kembali dengan drama baru tak lama lagi!

Baru-baru ini, pihak drama “The Borrowed Body” mengesahkan bahawa lelaki itu bakal menerajui drama berkenaan.

Untuk pengetahuan, “The Borrowed Body” merupakan webtoon popular di Daum di mana ia mempunyai jumlah kumulatif pembaca sebanyak 380,000 orang.

webtoon borrowed body

Ianya mengisahkan Lee Sang-yu, seorang yang terkenal kerana suka menyendiri. Dia menjalani kehidupan sebagai pelajar dengan harapan dapat melaluinya tanpa sebarang masalah dan tanpa jangkaan terhadap rakan mahupun gurunya. Walaubagaimanapun, lelaki itu tanpa sengaja tertukar badan dengan rakan sewaktu kecil dan gadis yang disukainya iaitu Ki Da-rim.

Saksikan bagaimana Lee Sang-yu menampilkan kehidupannya yang lemah dek trauma sewaktu kecil, romantik fantasi bersama Ki Da-rim dan cinta tiga segi bersama Yoon Ho-young yang merupakan lelaki kesukaan gadis itu.

nam yoonsu

Drama itu akan dibahagikan kepada 15 episod di mana setiap daripadanya berdurasi 20 minit. Bakal memulakan penggambaran nanti, “The Borrowed Body” akan ditayangkan menerusi platform Kakao TV.

Macam comel kan plotnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...