Ikuti Kami:

Nam Yoonsoo Dilamar Terajui ‘Today’s Webtoon’ Bersama Kim Sejeong

Nam Yoonsoo Dilamar Terajui ‘Today’s Webtoon’ Bersama Kim Sejeong

Selepas “The King’s Affection”, adakah Nam Yoon-soo akan menerajui sebuah drama baru tak lama lagi?

Menurut wakil industri, lelaki itu sudah disahkan bakal menerajui drama “Today’s Webtoon” yang akan menemui penonton pada separuh kedua tahun ini.

Drama ini mengisahkan seorang atlet judo wanita bernama Ma-eum yang mengalami kesukaran untuk menjadi editor webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon. Ia berdasarkan drama Jepun, “Sleepeeer Hit!”.

Nam Yoon-soo dikhabarkan akan membawa watak lelaki utama di mana dia bekerja di jabatan pemasaran dan mula berkawan dengan Ma-eum.

nam yoonsoo

Respon agensinya mengenai berita ini,

 Nam Yoon-soo ada menerima tawaran ‘Today’s Webtoon’ dan sedang menelitinya kini.

Terdahulu, Na In-woo menerima tawaran untuk watak ini namun terpaksa menolaknya kerana masalah jadual. Manakala Kim Se-jeong masih lagi meneliti tawaran ini.

Dalam pada itu, “Today’s Webtoon” akan menemui penonton pada Julai ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...