Ikuti Kami:

“Nak Tidur & Taknak Bangun..” – Peminat Susah Hati Selepas Baca Luahan BamBam Di IG

“Nak Tidur & Taknak Bangun..” – Peminat Susah Hati Selepas Baca Luahan BamBam Di IG

Hantaran BamBam baru-baru ini telah mencetuskan kerisauan ramai orang.

Pada 25 Julai jam 2 pagi, BamBam telah memuat naik satu hantaran di Instagram Story dengan menulis,

Saya hanya nak tidur dan taknak bangun supaya saya akhirnya dapat berehat.

bambam got7

Selepas membaca luahan lelaki itu, peminat rata-rata risau dan berharap agar agensi atau orang terdekat memerhati keadaannya.

Namun pada pagi ini, BamBam menjelaskan bahawa dia sudah bekerja tanpa heti sejak tahun lepas dan melalui banyak tekanan. Luahnya,

Ia telah berjalan lama dari tahun lepas sehingga sekarang dan masih jauh lagi perjalanan saya. Terdapat banyak tekanan dan kerana badan saya tidak begitu sihat untuk masa yang lama hingga sekarang, kadang-kadang saya menjadi sensitif dan emosi.

Saya akan melakukan yang terbaik tahun ini dan mencari masa untuk berehat. Saya akan ok. Maaf jika saya menimbulkan kebimbangan.

Semoga BamBam ok je 🥺

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...