Hantaran terkini Han So-hee di media sosial telah menjadi perbualan ramai.
Pada 26 April, Han So-hee telah memuat naik satu gambar di media sosialnya. Di mana, dalam gambar tersebut, jelas kelihatan perbualannya bersama dengan seorang individu berkaitan dengan komen buruk.
Dalam komen itu, individu tersebut telah menulis,
Awak dibesarkan oleh nenek awak yang kutip barang kitar semula kan? Macam mana awak boleh pindah ke sekolah seni yang menelan belanja yang banyak?
Kalau awak sekat saya, saya akan sebarkan ini di media sosial.
Han So-hee telah dilihat membalas,
Komen ni awak yang tinggalkan kan? Kenapa awak buat macam ni? Kalau saya ada buat salah dekat awak, saya minta maaf sangat. Mari selesaikan perkara ini depan-depan.
Malah, Han So-hee turut mendedahkan bahawa dia sudah berbaik dengan individu yang meninggalkan komen tersebut.
Selepas hantaran itu dibuat, ianya telah meraih pelbagai reaksi oleh netizen. Di mana, ada segilintir yang memuji pelakon tersebut, ada juga yang merasakan bahawa perkara seperti ini tidak perlu dikongsi dan Han So-hee dilihat seperti sedang menagih perhatian ramai.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.