Ikuti Kami:

“Nak Publisiti..” – Lee Jaewook Dikecam Ulas Kembali Hubungan Cinta Bersama Karina aespa

“Nak Publisiti..” – Lee Jaewook Dikecam Ulas Kembali Hubungan Cinta Bersama Karina aespa

Lee Jae-wook kini berdepan kecaman selepas menyentuh tentang cinta lamanya dengan Karina aespa dalam satu temu bual baru-baru ini.

Walaupun kata-katanya berhati-hati, peminat bintang kumpulan wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati di atas talian, menuduh pelakon tersebut menggunakan nama Karina untuk tujuan publisiti.

Dalam temu bual bersama media, Lee Jae-wook bercakap tentang projek terbarunya. Dalam perbualan itu, dia turut ditanya mengenai drama “The Impossible Heir”, iaitu K-Drama yang sedang difilemkan ketika berita percintaannya dengan Karina mula tersebar.

Lee Jae-wook menjadi tajuk utama pada Februari tahun lalu apabila hubungan cintanya dengan Karina aespa disahkan. Pada waktu itu, dia sedang menjalani penggambaran “Dear Hongrang”. Apabila ditanya sama ada berita percintaan itu memberi kesan kepada kerjanya, dia menjawab:

Ia tidak sukar untuk kekal fokus dalam watak [kerana hubungan tersebut]. Tapi kalau saya cerita terlalu banyak, ia mungkin jadi terlalu peribadi.

lee jaewook karina

Pasangan itu mengesahkan hubungan mereka pada Februari 2024 selepas Dispatch mendedahkan mereka sedang bercinta. Ketika itu, laporan menyatakan mereka sering berjumpa di kawasan kejiranan Lee Jae-wook dan pernah dilihat berjalan bersama pada waktu malam. Namun, hubungan mereka hanya bertahan beberapa minggu sebelum kedua-dua agensi mengesahkan mereka telah berpisah.

Walaupun pelakon itu memberi jawapan yang samar-samar, sebutan semula tentang hubungan itu telah mencetuskan reaksi hangat dalam kalangan peminat. Ramai berpendapat bahawa Karina yang pernah memohon maaf secara terbuka menerusi surat tulisan tangan di Instagram tahun lalu telah berusaha keras untuk melupakan perkara itu, dan menyentuhnya semula kini seolah-olah hanya untuk meraih perhatian.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...