Ikuti Kami:

“Nak Nyanyi Sekali Tapi..” – Go Kyungpyo Dedah Sebab Pelakon Biasanya Nampak ‘Bosan’ Di Majlis Anugerah

“Nak Nyanyi Sekali Tapi..” – Go Kyungpyo Dedah Sebab Pelakon Biasanya Nampak ‘Bosan’ Di Majlis Anugerah

Peminat pastinya akan sentiasa ternanti-nanti persembahan di majlis anugerah, yang biasanya berlangsung pada hujung tahun.

Terbaru pada 22 Februari, Go Kyung-pyo telah muncul sebagai tetamu dalam episod pertama program Junggigo di YouTube.

Dalam siaran itu, pelakon lelaki tersebut ada bercakap tentang reaksi dan tariannya yang tular, ketika menonton persembahan Zico “Any Song” di ‘Blue Dragon Film Awards’.

Saya menyesal telah mengeluarkan ‘warna’ sebenar saya seperti itu. Tetapi syukur, ia diterima dengan baik.

Kemudian, pengacara ada bertanya sekiranya benar para pelakon tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi ketika penyanyi membuat persembahan, kerana mereka memandang rendah pada penyanyi. Respon Go Kyung-pyo,

Ia sama sekali tidak seperti itu. Pada majlis anugerah yang saya hadiri, penyanyi Lee Juck mempersembahkan salah satu lagu hit klasiknya. Saya mahu menyanyi bersama tetapi pelakon senior di sekeliling saya menghalang saya dan berkata orang akan mengkritik saya kerananya.

go kyungpyo junggigo

Sambung Junggigo bersetuju,

Saya mungkin akan terdiam jika kamera datang kepada saya. Walaupun pelakon memainkan banyak watak dalam projek mereka, ramai daripadanya sebenarnya adalah introvert (pemalu). Saya harap orang ramai akan memahaminya.

Fahammm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...