Meskipun sudah tidak lagi bekerjasama dalam satu kumpulan, ahli BIGBANG masih setia memberikan sokongan pada satu sama lain!
Terbaru pada 17 Mac, Daesung telah mengadakan acara perjumpaan peminat solonya ‘D’S ROAD’ yang berlangsung di Seoul, Korea.
Sebelum konsert bermula, peminat tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja mereka apabila melihat G-Dragon yang turut hadir sebagai salah seorang penonton.
รอยยิ้มแบบนี้ ไม่ได้เห็นมานานเท่าไหร่ละ นางมีความสุขมากละ ที่วันนี้ได้เห็นน้องก้าวเดินในเส้นทางใหม่ได้อย่างสวยงาม 💛 #GDRAGON #DAESUNGpic.twitter.com/0DBByirtbk
— ☀️My SunShine☀️fan account (@vipbbsun) March 17, 2024
Selain memegang sepanduk, penyanyi “Crooked” itu juga dengan bersemangat bersorak, sambil tersenyum ke arah Daesung.
Tidak cukup di situ, Taeyang juga mengejutkan peminat dengan kehadirannya sebagai tetamu istimewa dan turut menyanyikan lagu solonya “Eyes, Nose, Lips”.
OMO!l Youngbae!! #DAESUNG_OurLight #DsRoad pic.twitter.com/ljWvBS8QkP
— ☆*:. Grace .:*☆ (@daepril26) March 17, 2024
Ketika sesi berborak, Taeyang berkata,
Walaupun ini adalah acara perjumpaan peminat Daesung, tapi sudah lama saya tak jumpa peminat, Daesung dan lihat di sana (sambil menunjuk ke arah G-Dragon).
Selain itu, Daesung juga turut mempersembahkan beberapa lagu popular BIGBANG seperti “We Like 2 Party” dan “Still Life”.
Rindunya BIGBANG!