Ikuti Kami:

Nak Nampak Tinggi Dalam Gambar? Ikut Tips Ini Yang Dikongsi IU!

Nak Nampak Tinggi Dalam Gambar? Ikut Tips Ini Yang Dikongsi IU!

Siapa kat sini yang kurang yakin dengan ketinggian mereka?

Kepada sesiapa di luar sana yang kurang yakin dengan ketinggian mereka yang sedikit rendah, dan ingin kelihatan tinggi sedikit di dalam gambar, penyanyi popular Korea, Lee Ji-eun atau lebih dikenali sebagai IU, ada berkongsi tips bagaimana untuk kelihatan tinggi di dalam gambar anda! IU sentiasa terkenal dengan susuk tubuhnya yang kecil dan molek. Profil rasminya menyatakan bahawa dia mempunyai ketinggian 162cm! Peminat telah menyatakan secara khusus bahawa IU entah bagaimana kelihatan seolah-olah dia sekurang-kurangnya 180cm dalam gambar yang dimuat naiknya.

Pada tahun lalu, IU telah tampil di rancangan “You Quiz On the Block”, yang dihoskan oleh Yoo Jae-suk dan Jo Se-ho. IU dengan murah hati mendedahkan bagaimana dia kelihatan tinggi di dalam gambar meskipun tingginya hanya 162cm adalah kerana kemahiran fotografinya yang sangat baik. IU secara peribadi mengajar kemahiran fotografi ini kepada kedua hos itu, yang mana juga boleh diikuti oleh semua orang.

IU tips on how to look tall

Menurut IU, elakkan amik gambar dengan posisi telefon tegak, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Ini adalah kerana, hasil gambar tersebut akan menyebabkan kita kelihatan rendah atau, mendedahkan ketinggian sebenar kita.

iu tips on how to look tall

Sebaliknya, si pengambil gambar, haruslah melangkah satu kaki ke belakang dan meletakkan berat badan anda di tengah. Pegang telefon berhampiran pusat anda dan bongkok sedikit ke belakang, untuk dapatkan ‘angle’ ke atas (seperti dalam gambar).

IU tips on how to look tall

Untuk mendapatkan keputusan yang lebih menakjubkan, gunakan posisi yang sama, namun kali ini, cuba untuk mengambil gambar dengan memutarkan 180 darjah kedudukan telefon anda.

iu tips on how to look tall jo seho

Perbezaan ketara dapat dilihat, dari gambar pertama yang mana IU meletakkan telefon di posisi tegak, gambar kedua adalah dari ‘angle’ ke atas dan gambar ketiga, apabila IU memusingkan telefonnya untuk mengambil gambar. Nampak lebih tinggi kan Jo Se-ho!

IU memberitahu bahawa dengan menggunakan tips ini, sesiapa sahaja boleh kelihatan seperti 180cm tinggi, tanpa membuat ia kelihatan terlalu jelas bahawa ia diambil dari sudut yang lebih rendah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...