Terima kasih kepada K-Pop dan K-Drama, produk penjagaan kulit Korea telah mendapat banyak perhatian sejak kebelakangan ini.
Gelombang penjagaan kulit terus menguasai di serata tempat kerana semua orang mempunyai matlamat untuk mendapatkan kulit bersinar dan bersih.
Kali ini, KimchiDaily nak kongsikan 5 produk penjagaan kulit dari Korea yang sedang ‘viral’ di TikTok.
Dokdo Toner Round Lab
Dokdo Toner daripada Round Lab mempunyai bahan daripada 74 mineral yang diperoleh secara semula jadi dari perairan laut dalam Pulau Ulleungdo. Produk ini sangat popular di kalangan komuniti kecantikan kerana mempunyai sensasi penyejukan. Fungsi toner ini akan membuang sel-sel kulit mati sehingga meninggalkan kulit dengan kelembapan berpanjangan.
Pure Cleansing Oil Ma:nyo
Pure Cleansing Oil Ma:nyo telah mendapat banyak perhatian kerana ia adalah minyak pembersih yang lembut namun berkuasa untuk menghilangkan bintik hitam dan bintik putih tanpa menyumbat pori-pori. Minyak pembersih ini juga disukai ramai kerana ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat.
Ceramide Ato Soothing Gel Illiyoon
Ceramide Ato Soothing Gel Illiyoon ialah pelembap yang memberikan penjagaan penghidratan dengan formula ringkas. Gel pelembap ini mempunyai fungsi ceramide yang boleh mengekalkan penghidratan yang tahan lama dan membina penghalang kulit yang lebih kuat. Selain itu, ia adalah gel ringan yang meresap ke dalam kulit dengan mudah. Ia bagus untuk kulit berminyak hingga kombinasi, terutamanya pada musim panas.
Red Blemish Soothing Cream Dr.G
Dr.G ialah jenama yang disyorkan oleh pakar dermatologi khusus untuk kulit muka. Ramai pengguna menggemari krim ini kerana ia mengandungi pelbagai bahan cica yang memberi sensasi menenangkan pada kulit. Bahkan ia juga mempunyai kualiti pencerahan, di mana akan membantu untuk memudarkan parut degil yang ada pada kulit muka.
Bean Essence Mixsoon
Bean Essence yang dikeluarkan oleh Mixsoon berfungsi untuk menghapuskan sel kulit mati dengan berkesan dan mengawal pengeluaran sebum tanpa menyebabkan kerengsaan. Selain itu, ia sangat menghidratkan kulit kering kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi. Tambahan ia boleh digunakan dengan selamat pada kulit sensitif tanpa sebarang kerosakkan.
Nak cantik kena la invest sikit, kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.