Semakin lama, nampaknya Song Ji-hyo semakin selesa dalam “Running Man”.
Dalam episod terbaru rancangan itu, para ahli terlibat dalam perlumbaan “Pengamal Diet Tidak Gentar,” di mana waktu masuk kerja mereka pada minggu berikutnya dipertaruhkan.
Pada hari itu, keseluruhan berat badan mereka dikira, dan untuk setiap 1kg kenaikan berat badan berbanding bacaan sebelumnya, waktu rakaman episod akan datang akan diawalkan sejam.
Setelah makan ramen di set dan mengalami kenaikan berat badan sebanyak 4kg, ahli-ahli berjalan di Taman Haneul, Mapo-gu, untuk mengurangkan berat badan mereka.
Dalam perjalanan tersebut, Haha, Yang Se-chan, dan Song Ji-hyo berjalan di taman yang berbukit. Yang Se-chan memberi amaran,
Hyung (Haha), jangan marah kalau saya terkentut di tengah jalan.
Song Ji Hyo turut menambah dengan berkata,
Ini adalah proses pencernaan, jadi tak boleh dielakkan. Ia adalah fenomena semula jadi.
Apabila Song Ji-hyo gagal untuk melepaskan kentut, dia meminta mereka untuk menyanyikan lagu supaya dapat melindungi bunyi berkenaan. Namun, pada masa itu, sebuah kereta mini yang membawa orang awam melintasi mereka, mencetuskan gelak tawa.
Makin cool lah dia~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.