Bukan mudah apabila mengecapi populariti secara tiba-tiba.
Baru-baru ini, pasukan Byun Woo-seok menerima kritikan ramai semasa berada di Lapangan Terbang Incheon untuk berlepas ke luar negeri untuk urusan kerja.
Khabarnya, pengawal keselamatan yang mengiringi lelaki itu bertindak berlebihan apabila menghalang pintu masuk ke lapangan terbang selama 10 minit bagi mengelak diekori peminat dan wartawan. Hal itu menimbulkan kemarahan ramai kerana kawasan itu merupakan tempat awam dan pihak mereka tidak berhak untuk menghalang perjalanan sesiapa.
Bukan itu sahaja, ada segelintir pengawal keselamatan yang menyuluh lampu suluh ke mata pengunjung di situ dengan alasan tidak mahu mereka merakam Byun Woo-seok.
Selepas dikritik netizen, syarikat pengawal itu dan agensi Byun Woo-seok telah mengeluarkan kenyataan mengakui kesalahan mereka dan berjanji untuk berhati-hati pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, permohonan maaf itu terus membangkitkan kemarahan orang ramai,
Malah, pelakon dan idola yang jauh lebih popular tidak berkelakuan seperti ini.
Dalam pada itu, Byun Woo-seok turut menerima tempias kerana sering cuba berinteraksi dengan peminat meskipun dalam keadaan sesak. Ini kerana, apabila dia mendekati mereka, sudah pasti semua akan lebih rakus untuk berada lebih dekat dengan pelakon tersebut.
Ish ish..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.