Susah betul kan nak kawal peminat yang melampaui batas ni..
Menurut laporan media pada 12 Jun, seorang wanita dari China berusia tiga puluhan telah ditahan polis selepas cubaan menceroboh rumah Jung-kook BTS.
Menurut sumber, polis dipanggil ke kediaman itu sekitar jam 11:20 pagi selepas wanita itu cuba beberapa kali memasukkan nombor pin di kunci pintu hadapan.
Ketika disiasat, polis menyatakan,
Wanita itu memberitahu bahawa dia ingin berjumpa dengan Jung-kook selepas dia keluar dari tentera.
Untuk pengetahuan, Jung-kook baru sahaja menamatkan perkhidmatan tenteranya pada 11 Jun, semalam.